Pada 20 September 2012 yang
lalu, Sekolah Kebangsaan Seri Sekawan Desa telah mengadakan aktiviti gotong-royong
membersihkan kawasan sekolah.
Aktiviti gotong-royong
bermula pada pukul 7.30 pagi. Kami berkumpul di kantin sekolah.Cikgu Hatta memberi
penerangan tentang perjalanan gotong-royong.
Kumpulan pertama diketuai
oleh Encik Aziz. Tugas kumpulan ini adalah membersihkan longkang. Mereka
dibekalkan dengan alatan seperti berus, penyapu lidi dan sabun.
Kumpulan kedua pula diketuai
oleh Cikgu Muazzam. Kumpulan ini ditugaskan untuk mencantas dahan pokok hiasan.
Mereka mencantas dahan menggunakan parang dan gunting pokok.
Cikgu Nureen pula mengetuai
kumpulan Tiga. Mereka ditugaskan untuk menyapu sampah-sampah yang terdapat di
halaman sekolah.
Setelah melakukan
kerja-kerja itu, kami membuang sampah-sampah yang telah dikumpulkan itu ke
tempat pembuangan sampah. Kemudian Pak Jamal membakar sampah-sampah tersebut.
Apabila semua kerja telah
siap, kami pun berehat sambil makan dan minum juadah yang telah disediakan.
Kami semua rasa gembira kerana sekolah kami kelihatan bersih dan ceria.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan